Thursday, 10 May 2012

SEJARAH TINGKATAN 2


BAB 1
KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH




PENGENALAN

Ø  Negara kita mempunyai kedudukan strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur-Barat dan menyebabkan kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia.
Ø  Pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor telah memberi peluang kepada British untuk mengambil Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819)
Ø  Pada tahun 1824, British telah memperoleh Melaka hasil daripada Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824.
Ø  Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenal sebagai Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1826.






PERTAPAKAN SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (SHTI) DI PULAU PINANG


Pulau Pinang Menjadi Pangkalan (SHTI)

Ø  Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah pada asalnya.
Ø Kedah terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim telah menarik minat SHTI.
Ø  SHTI tidak dapat menguasai Kedah pada ketika ini kerana Siam mengakui Kedah sebagai naungannya.
Ø  Pada masa ini juga SHTI perlu mencari sebuah pelabuhan persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangannya.
Ø  Kedudukan Pulau Pinang strategik  kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur-Barat.
Ø  SHTI memerlukan teh dari negara China untuk dijual di Eropah kerana pasarannya yang baik di Eropah.
Ø  Sebagai tukaran, negara China inginkan bijih timah, emas, perak dan lada hitam yang diperoleh di Kepulauan Melayu.
Ø  Pelabuhan Pualu Pinang amat sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut dan pelabuhan persinggahan kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara China dan India.
Ø  Pelabuhan ini dapat membekalkan bekalan air, makanan dan menyediakan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton, China.
Ø  Pelabuhan ini juga menjadi tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
Ø  Di India, wujudnya persaingan di antara British dan Perancis kerana kedua-duanya kuasa bersaing untuk menguasai perdagangan di India.
Ø  Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera British di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.


Kedudukan Kedah Tercabar

Ø  Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu pada kurun ke-16.
Ø  Kerajaan Kedah mengamalkan dasar buka pintu dan mendorong Kuala Kedah berkembang maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Ø  Usaha mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukan mudah kerana pemimpinnya menghadapi penentangan dan cabaran dari dalam dan luar negeri.


Ancaman Bugis

Ø  Pada akhir kurun ke-18, wujudnya pertikaian dan perebutan takhta di kalangan pembesar lalu mengancam kedaulatan Kedah.
Ø  Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah.
Ø  Kerabat diraja Kedah tidak setuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara.
Ø  Kerabat diraja Kedah telah minta bantuan daripada orang Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
Ø  Tentera Bugis yang dipimpin Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.
Ø  Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar bagi meneruskan perjuangan baginda.
Ø  Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis dan mengembalikan kedaulatan Kedah.
Ø  Firma itu telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771.
Ø  Satu perjanjian telah ditandatangani. Perjanjian ini membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah dan firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.
Ø  Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteran untuk menyerang Bugis di Selangor.


Ancaman Siam

Ø  Kedah telah berhenti menghantar bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma antara tahun 1753-1781.
Ø  Selepas perang tamat, Siam bangkit semula menjadi sebuah kuasa yang kuat sekali lagi menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.

Gambar bunga emas

Ø  Sultan Kedah berasa terancam dengan tuntutan Siam.
Ø  Baginda ingin memelihara kedaulatan negeri Kedah dan kesejahteraan rakyat.
Ø  Sultan Abdullah yang memerintah dari tahun 1778-1797, terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI.
Ø  Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
Ø  Francis Light menyedari kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera.
Ø  Sunggguhpun SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangannya dengan Siam tetapi tawaran Sultan Abdullah sukar ditolak.


Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

Ø  SHTI ditubuhkan di England pada tahun 1600.
Ø  Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.
Ø  SHTI mempunyai sebuah empayar di India (abad ke-17).
Ø  SHTI telah memonopoli perdagangan teh di China (abad ke-18). 


TIPU HELAH FRANCIS LIGHT BAGI MENDAPATKAN PULAU PINANG


Ø  SHTI berasa bimbang kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu akan terjejas akibat dasar monopoli Belanda.
Ø  Tawaran Sultan Kedah, iaitu Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang datang pada masa yang tepat.
Ø  Francis Light telah menggunakan muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang dan secara peribadi telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786.
Ø  Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah apabila diperlukan.

Gambar Sultan Abdullah meminta bantuan Inggeris


Syarat-syarat Perjanjian 
Inggeris-Kedah 1786
·         SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh
·         SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
·         SHTI akan membayar sebanyak 30,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
 

Gambar mata wang dolar Sepanyol 

Lukisan upacara menaikkan bendera Union Jack


Gambar bendera Union Jack

Ø  Upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan pada 11 Ogos 1786
Ø  Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island dan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III
Ø  Pendudukan Pulau Pinang menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.

SHTI Mungkir Janji

Ø  Siam menakluki Patani telah mengancam Kedah pada tahun 1786.
Ø  Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786.
Ø  SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
Ø  SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
Ø  Sultan Abdullah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji.
Ø  Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.
Ø  Sultan Abdullah marah dan berasa tertipu dengan tindakan Francis Light dan menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang (1791).
Ø  Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau, Selangor dan Siak manakala Francis Light meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai.
Ø  Sultan Abdullah dikalahkan dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris Kedah pada 1 Mei 1791.
Ø  Melalui perjanjian ini SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi dan SHTI juga akan membayar 6 000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.
Ø  George Leith telah dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama


TAMAT

KITA SAMBUNG LAGI DI WAKTU AKAN DATANG
SEKIAN